Search This Blog

Loading...

Tuesday, 31 January 2012

Belanjawan Tunai dan Varian (nota tambahan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Berikut adalah pautan bagi nota tambahan bab 7 (belanjawan tunai dan varian) sebagai rujukan dan nota tambahan untuk para pelajar.

Terima kasih.

Pengenalan Perkongsian (Bab 9)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

   Sebelum para pelajar mempelajari dengan lebih lanjut tentang bab 9 iaitu Perkongsian, cikgu ingin berkongsi sedikit maklumat tentang asas perkongsian bagi memastikan para pelajar mendapat sedikit gambaran tentang topik ini.

Anda semua boleh merujuk pautan ini untuk mengenali tentang asas perkongsian;


Semoga maklumat ini dapat membantu para pelajar...Selamat belajar=)

Sunday, 29 January 2012

Perakaunan untuk penggajian

  • Satu sistem yang mengurus data gaji atau upah yang di dalamnya terdapat pelbagai maklumat pekerja, amaun gaji kasar yang diterima, potongan gaji yang dibuat dan gaji bersih yang diterima.
  • Ganjaran yang diperolehi oleh seseorang dalam bentuk gaji atau upah yang perlu dibayar setelah sesuatu pekerjaan itu dibuat.
  • Pekerja dibayar gaji dan upah mengikut kadar yang ditetapkan di atas tenaga yang disumbangkan.
  • Majikan turut membayar caruman KWSP dan PERKESO.
  • Rekod pembayaran gaji mesti disediakan dengan tepat dan lengkap.


Saturday, 14 January 2012

Just to remind...

Dear my beloved students...


    Please make sure that you've already finish your homework. It'll discuss on our next class this Monday.


   Hopefully all notes properly done and well prepared for any pop quiz that'll be held anytime during the class.

          TQ.



# This link may help you to understand more about the chapter;


http://www.tuitionplaza.com/tuisyen/question.asp?QID=491

Tahun Baru 2012...sekadar renungan bersama

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

     
     Semoga anda semua diberkati Allah selalu...Hari ini genap 14 hari atau dua minggu kita berada di tahun baru 2012. Semoga apa yang di azamkan pada tahun ini akan tercapai, InsyaAllah. Namun dalam kita mengharungi tahun baru ini pernahkah kita terfikir setiap hari dan tahun yang berlalu merupakan satu petunjuk bahawa umur kita sebenarnya semakin kurang? Benar, dari segi angka umur kita sememangnya bertambah, tapi pada hakikatnya ia semakin berkurangan.

      Mengapa saya mengatakan ia semakin berkurangan? Jika kita andaikan terdapat satu garisan penamat berada di titik ke 20, dan kini kita berada di titik ke 11, ini menunjukkan hanya tinggal 9 titik lagi untuk kita sampai ke garisan penamat. Ianya semakin berkurangan bila kita sampai ke setiap titik. Perumpaman ini  adalah gambaran umur kita yang akan mencapai titik noktahnya apabila tiba masa yang ditentukanNya. 

      Adakah kita turut berfikir akan apa yang telah kita lakukan sepanjang mengharungi hidup di dunia ini? Pernahkah kita mengambil sedikit masa untuk merenung kembali hari-hari yang telah dilalui? Adakah kita melaluinya dengan penuh rasa kesyukuran di atas nikmat hidup yang dikurniakan Allah kepada kita, dalam susah mahu pun senang?

       Semua jawapan tersebut ada pada diri kita sendiri. Terpulanglah kepada kita sendiri untuk menentukan perjalanan hidup ini. Mudah-mudahan tahun baru yang bakal dilalui ini akan lebih mematangkan diri kita dan memberi lebih banyak peluang untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di sana nanti.

        Coretan ini hanyalah sekadar peringatan kepada diri ini yang masih terlalu banyak khilaf dan jua sekadar perkongsian untuk semua.